Sunday, August 16, 2009

Aku , mereka dan Puteri Ayu 2

Semalam tgk cerite Jangan Pandang Blakang Congkak. Saja je. Temankan anak. Tapi bila sampai je adegan Tok Moh ( lakonan Azlee Senario ) ubatkan Wati ( lakonan Zarina AF ) , tiba tiba je teringat balik kat blog nih. Cerita Puteri Ayu tu camna ye ?...

Walaupun dah hampir sebulan berlalu, aku tak pernah lupa dengan segala apa yang berlaku kat situ. Petang itu masih ingat lagi macam mana aku dengan Azri "melempar " Uzair ke dalam kolam mandi. Encik Rohaizat memandang dari biliknya. " tak betul la kepala hotak bebudak ni " mungkin itu yang berbisik di hatinya.
Kami pulang ke bilik dengan gelak ketawa melihat Uzair yang basah kuyup. Sampai saja di bilik aku terus ambil sehelai kain buruk untuk lap kaki aku yang kotor kena lecah di perjalanan tadi. " Ustaz buat pa tu ? " Azri kehairanan. " Lap kaki la, buat apa lagi.. " Jawab aku selamba..." Ye la lap kaki..tapi kenapa lap guna kain tuala Pak Arshad ? " Uzair mencelah disambut dengan gelak ketawa kami bertiga. Manalah aku tahu. macam kain buruk je rupanya.

Aku bergegas ke bilik air. Dah hampir sangat masuk waktu maghrib. Dan pada waktu itulah semuanya berlaku..

Aku mendengar Ani menjerit. Panjang sungguh jeritanya. Jeritan itu dari bilik air sebelah dengan tempat aku tu. Dan pada waktu itulah aku mendengar suara Kak yah yang diselang seli dengan suara Heliza dan Hidayah.
Kami di bilik sebelah tak pasti apa yang berlaku. Aku sudah keluar dari bilik air. Uzair dan Azri saling memandang penuh kehairanan ibarat koboi kehilangan kudanya. Selepas beberapa minit keadaan menjadi tenang. Pun begitu seolah olah aku masih mendengar tangisan Ani perlahan lahan dalam ketakutan. Dan aku juga mendengar suara Kak Yah membacakan sesuatu secara berterusan.
" Semua dah Ok ke ? "Aku brtanya dari dinding bilik sebelah " Ok ustaz...Ani ni..terkejut tengok lintah di kakinya. " Heliza menerangkan perkara sebenar

" Lintah ? "

( 10 minit kemudian )
Aku dah selesai solat maghrib. Tapi peserta kem dan fasilitator baru nak bergerak ke dewan nak solat berjamaah jamak qasar di sana. Aku terdengar pintu bilik sebelah dibuka. Dan aku melihat dari tingkap Ani, Dayah, Heliza dan kak Yah bertelekung putih keluar dari bilik untuk ke surau. Alhamdulillah, mungkin semuanya dah ok...tapi...aku cuba tajamkan pandanganku..Ya Allah...Allah Hu Akbar....Allah Hu Akbar...Siapa pula perempuan berambut panjang di sebelah kak Yah tu...Perempuan itu berjalan seiring dengan mereka berempat ke dewan. Ya Allah..aku terduduk di samping kepala aku pening memikirkan pelbagai kejadian yang aneh berlaku satu persatu. Nafas aku bergerak cepat. Tiba tiba aku rasa mual. tambahan pulak aku makan nasi 4 pinggan petang tadi. Aku keluar dari bilik dan muntah berdekatan dengan pokok di sebelah tingkap. Punyalah banyak nasik aku makan. Aku bergegas kembali ke bilik untuk berkumur. Azri dan Uzair khusyuk menunaikan solat. Setelah selesai berkumur aku kembali duduk keletihan memikirkan perempuan yang aku nampak tadi...

( 5 Minit kemudian )
Slot aku selepas ini. Cam biasa lah Encik Rohaizat yang akan bantu aku. aku cuba kuatkan semangat untuk menyampaikan amanah yang dipertanggungjawabkan sebaik mungkin.
Aku berjalan lesu keluar dari bilik menuju ke dewan. " Mungkin dia orang dah habis solat kut " Hati aku berteka teki lagi. Secara tak sengaja aku melihat pokok kawasan aku muntah tadi. dan apa yang aku lihat adalah suatu benda yang tak pernah terlintas di fikiran ku langsung!!!! Ya Allah..... ( bersambung )

Wednesday, July 22, 2009

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit Dan bertanya
: "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, GI KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..Kedai cd...kedai rokok... Tempat2 cam tuh lah. He, ko camner lak?"
Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"
Salam Ukhuwwah...sekarang nih team Felcra Sebarang perak ada di Chalet Puteri AYu Yan, dua orang anak buah aku pun ada kat sana ( Uzair N Azri ), cuma Mustaqeem je yang tak dapat nak join. Aku pun sekali sekala je pergi kat sana. Tugas kat sekolah dan asrama tak leh nak tinggal.
Kemungkinan KASEH 2009 akan dibuat pada 3,4, dan 5 Disember 2009. So Nantikan...

PEJAMKAN MATAMU ITU..DAN LIHATLAH SEGALANYA

KENAPA KITA PERLU PEJAM MATA KETIKA TIDUR..PEJAM MATA KETIKA MENANGIS...KETIKA MENCIUM SESUATU ATAU SESEORANG YANG KITA SAYANG, KETIKA NAK MEMBAYANGKAN SESUATU, DAN ADAKALANYA KETIKA MENZAHIRKAN PERASAAN YANG SERONOK..
KERANA PERKARA PERKARA TERINDAH ITU SEBENARNYA DAPAT DIGAPAI. DIRASAI DAN DIALAMI OLEH KITA HANYA DENGAN MENUTUP MATA. JANGAN TERTIPU DENGAN MATA YANG MELIHAT, SEBALIKNYA LIHATLAH DENGAN MATA HATI.

Cari Kat Sini

About Me

My photo
Bertaubat lah berkali kali wahai pendosa..bertaubatlah berkali kali, sehingga taubat kamu diterima

Followers