Monday, February 28, 2011

The Remy's Story ( First Episode : Perdana Menteri Malaysia )

Apa yang paling aku ingat ..ialah aku dikelilingi oleh insan insan yang bekerja sebagai cikgu...Ayahku cikgu....ibuku cikgu...abangku juga asalnya cikgu(sekarang tidak ler )....dan dua orang kakakku juga cikgu...hmm.....



Mak aku cikgu kampung jer. Ajar mengaji Al Quran. Sewaktu kecil selalu tolong mak ajar budak mengaji Al quran....mak kata aku cerdik..walau baru darjah 1, tp ajar al Quran budak form 5 ...seronok la time tu...apabila mula wujud kelas KAFA awal 90 an...dah makin kurang bebudak mengaji kat mak lepas tu



Tapi waktu tu memang best...kalau mak masak....mak masak banyak....nanti ada bebudak yang tak tahan lapar makan sekali ....semua yang datang mengaji tu jugak anak anak mak...apa yang aku makan...itu jugalah yg dia orang makan...



Kekadang tu, ada hari yang mak tak masak. Ada budak yang jumpa ngan mak aku dan cakap
" Esok Cik Mah tak yah masak yer, mak saya nak buat kenduri..nanti dia hantar lauk dgn nasi...mak nak buat kenduri sebab saya dah habis juzuk 1 " Seronoknya time tu..aku ngan bebudak ngaji Quran semua...akan makan lauk sedap hari tu....namun yang paling favourite 'pulut kuning dengan gulai telor "...Slurrrppp.......



Rumah aku sentiasa dihiasi dengan suara bebudak mengaji Al Quran..sampai pukul 5 baru la dia orang balik.



Bila malam , teman ayah periksa kertas budak...Ayah memang cikgu betul. Cikgu di rumah dan di sekolah. Ayah ajar Sejarah ngan Geografi....ayah memang seorang cikgu berdedikasi...memang cemerlang segala kerja buat dia...mungkin dulu aku tak tahu dan tak pandai menilai..tapi sekarang baru aku tahu...beza aku dengan ayah dalam dunia pendidikan ni....amat jauh sekali



Waktu hari pertama aku daftar sekolah rendah , masih ingat lagi pesanan mak pada aku." Belajar elok2..kalau cikgu tanya apa..habarq kuat kuat...jangan mandom...kalau cikgu minta duit habarq kat mak....dan kalau cikgu tanya..bila besarq nak jadi apa..cakap....Saya nak jadi PERDANA MENTERI MALAYSIA "



Besarnya cita cita mak....besarnya harapan mak...walaupun pada waktu itu aku tak tahu mengapa mak cakap sebegitu kat aku...dalam fikiran aku..PM orang yang paling senang, paling berkuasa, dan paling dihormati. Apa yang PM nak semua dapat. so......aku tak kisah kalau jadi PM....hehehe( pd waktu tu la...)



Suatu hari tu, ayah bawak mak ngan aku jalan jalan di Pekan Rabu, Alor Star. kami pergi beli baju, makan beehun sup, ais kacang... dan macam macam lagi ..aku tahu hari tu mesti special..rupanya ayah dah jadi PK kat SMK Bukit Jenun..( sekarang Model Khas ). kiranya hari tu hari celebrate laaa....


Balik hari tu...aku cakap kat ayah " Adik pun nak jadi cikgu " Ayah pandang pelik semacam jer..."Kata nak jadi PM ? " Aku menggeleng gelengkan kepala.." Tu mak yang suruh...tapi adik nak jadi cikgu " Ayah tersenyum....



Itulah ayah...kalau dia senyum tu..kira dahsyatlah bagi aku..dia membiarkan aku dengan harapan aku itu....nak sokong pun tidak ..marah pun tidak..."Macam tak suka jer aku jadi cikgu " hati aku berbisik...perghhh...



Aku simpan cita cita aku sampai tamat sekolah rendah. Walaupun dapat elok dalam UPSR, dan dapat tawaran sambung belajar ke Maktab Mahmud Alor Star, tapi ayah menggunakan kuasa vetonya tak membenarkan aku belajar kat sana. Alasannya senang saja "Tadak duit, ingat nak belajar kat sana free ka !!! " Aku pun tak tahu itu satu soalan ke atau jawapan. Sebab tu aku letak tanda seruan tiga kali kat situ.Ishh....dahsyat betul ler ayah aku ni...



Mak pula bagi alasan yang lebih rasional. Katanya dengan nada lembut dan memujuk " Adik anak emak yang paling kecik....paling mak sayang..duduklah dgn mak....tak yahlah ngaji jauh jauh ( jauh ke Alor Star ? ), sekolah kat mana pun tak pa...janji belajar rajin rajin...dengaq cakap cikgu...Insya Allah..pasti adik akan jadi Perdana Menteri lepas ni..."



Alahai mak aku sayang.....PM lagi.....



So...dengan berbekalkan hati yang retak...aku melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Sungai Petani (ataupun lebih dikenali dengan nama Sekolah Agama Bedong ). Baju dan seluar putih,songkok besar yang menutup mata, kasut hitam, beg galas yang besar di belakang, dan bekal nasi goreng dalam beg palstik, memang sebijik macam tok mudim dah aku ni...dan setiap hari jam 6.30 pagi, aku keluar bersama ayah menunggu bas MARA di hadapan rumah.



Aku nak pendekkan cerita ini..kerana dari form 1 hingga form 3 adalah zaman remaja aku yang penuh kejahilan dan juga lagha. Banyak yang berlaku sepanjang 3 tahun itu, banyak hati yang telah terluka disebabkan perbuatan aku..



Namun hidayah Allah akhirnya mengetuk jua pintu hatiku ini.. Suatu hari, ketika aku berumur 16 tahun ( form 4 ), dan pada waktu itu cuti sekolah. Mak menyuruh aku ke kedai membeli kicap. Aku sebagai anak soleh , taat pada permintaan mak walaupun sebenarnya aku sorang jer yang dok perabih kicap dalam rumah. Sewaktu perjalanan pulang, aku berjumpa dengan seorang lelaki tua yang dari jauh lagi tersenyum padaku. apabila aku mula menghampirinya, dia cuba menahan aku dengan menghulurkan tanganya hingga basikal yang aku naiki pun terhenti...


" Adik...Pakcik nak tanya sikit ? " Aku bertambah kehairanan.
" Boleh Pakcik...apa ? "
" Adik kan budak yang pernah cakap nak jadi Perdana Menteri Malaysia "



........dan selepas peristiwa itu....hari hari yang berlalu tidak sama lagi bagiku..... ( bersambung )


P/s : Dalam episod 2 : Siapa Pakcik tu sebenarnya ? Aku masuk pertandingan puisi kali pertama dan misteri budak perempuan kelas sebelah yang bernama Ummi Salamah.......

PEJAMKAN MATAMU ITU..DAN LIHATLAH SEGALANYA

KENAPA KITA PERLU PEJAM MATA KETIKA TIDUR..PEJAM MATA KETIKA MENANGIS...KETIKA MENCIUM SESUATU ATAU SESEORANG YANG KITA SAYANG, KETIKA NAK MEMBAYANGKAN SESUATU, DAN ADAKALANYA KETIKA MENZAHIRKAN PERASAAN YANG SERONOK..
KERANA PERKARA PERKARA TERINDAH ITU SEBENARNYA DAPAT DIGAPAI. DIRASAI DAN DIALAMI OLEH KITA HANYA DENGAN MENUTUP MATA. JANGAN TERTIPU DENGAN MATA YANG MELIHAT, SEBALIKNYA LIHATLAH DENGAN MATA HATI.

Cari Kat Sini

About Me

My photo
Bertaubat lah berkali kali wahai pendosa..bertaubatlah berkali kali, sehingga taubat kamu diterima

Followers