Thursday, June 16, 2011

Episode 2 : SEMANGAT YANG HILANG









Jam : 2.45 tgh hari ( present day )

Selalu kita dengar, manusia mengeluh tentang masa lalu. Ada saja kesilapan yang telah dilakukan disebabkan kebodohan kita, atau sikap kita yang terburu buru dalam membuat keputusan. Ditambah pula time mengeluh tu, ada lagu "Andai dapat Ku Undur Masa " dari kumpulan Axl'S tu sebagai background music....haha...makin menjadi jadi sesalan atas apa yang telah ditakdirkan terjadi.




Samalah aku pun...manusia biasa yang IMAN senipis kulit bawang, kekadang rasa mengeluh tu datang dengan sendirinya. Sesiapapun dalam dunia ni kalau diberi peluang untuk undurkan masa, mesti nak punya. Bukannya apa, untuk membetulkan kesilapan yang lalu. Mudah- mudahan hidup kita akan menjadi lebih baik diatas PEMBETULAN tersebut.




Tapi sebenarnya kita LUPA, apa yang berlaku itu adalah takdir dan suratan yang mengandungi pelabagi hikmah yang tak TERNILAI harganya. Setiap kesilapan yang kita buat, setiap kekecewaan yang pernah kita lalui, setiap rasa malu dan sesal yang menghantui, itu semua adalah ketetapan Allah dalam mendidik kita sebagai khalifah atas muka bumi ini. Tak perlu nak undurkan masa, kita masih lagi boleh membetulkan kesilapan itu dengan menghadapi hari-hari yang mendatang. Belajar dari pengalaman yang lalu, fikir dan bertindak untuk hasilkan keputusan yang lebih matang. Insya Allah...kita mungkin tak jadi sehebat orang lain, tapi kita menjadi insan yang lebih baik dari hari kelmarin..:)..Alhamdulillah.




Bulan Februari 1994 ( Flashback )









Dengan hanya dapat 3A dalam PMR , apalah yang aku nak bangga sangat. Seorang demi seorang rakanku mendapat tawaran dan berpindah ke sekolah baru. Ada yang ke Maktab Mahmud,ada yang ke al Masyhur ( Penang ), dan ada juga ke Kelantan untuk sambung pengajian di sana. Aku..?..kat sini la.....




Ada benda yang paling aku tak suka time tu, bila ada sesiapa yang tanyakan pasal keputusan aku. Dengan suara yg tak jelas dan niat yg tak ikhlas aku katakan : Wa A...Ga..A...A..aaa....mcm mcm la aku bunyi...yang sebetulnya malu nak bagitau dgn bangganya...aku dapat TIGA A. hmm....

Mak la yang back up ...macam macam alasan time tu...kalau ada saudara mara tanya.".Berapa dapat?....8 A ker....., maklumlah nak jadi PM kan"..Ishk...kejam betul la soalan... ..tapi Mak tenang jer menjawab


" Rojulaini tu terganggu sikit tu...hari tu kan makcik masuk hospital...berbulan bulan dok kat sana..kena buat pembedahan usus( ada ketumbuhan ).... Dia ler yang berulang alik dgn kakak dia..lawat makcik kat sana....nak baca buku pun tak sempat......dapat 3A pun Alhamdulillah "


Mak....mak.....kalau dari dulu lagi adik mengerti apa yang mak lakukan tu.....kalau dari dulu lagi adik lebih menghargai.....sorb..sorb...:(




Aku terima semua ketentuan tu, segala "bunyi-bunyian" ,komen dan kritikan itu, aku akan ingat sampai bila bila....


Banyak yang aku fikirkan sepanjang awal persekolahan aku di tingkatan 4 ini. Buang semua sifat sifat yang tidak elok, lebih fokus kepada pelajaran, fokus pada cita cita, fokus pada harapan mak dan ayah aku.




Selepas aku di tegur oleh Pak Mat, ( orang tua yang tahan aku waktu aku beli kicap tempoh hari ) , semalaman aku tak boleh tidur, perkataan PM menjadikan aku fobia. Aku tak boleh bayangkan sepanjang hidupku ini berapa orang yang akan bertanyakan soalan sebegitu pada aku. Berapa juta orang agaknya dalam dunia ni yang mak aku bagitahu bahawa anak lelakinya ini akan jadi seorang Perdana Menteri Malaysia lepas ni...




Aku betul betul dah tekad....mulai pagi besok...semoga Allah mudahkan segala urusan.




Namun kita merancang, ALLAH jua merancang. Dan ALLAH jualah sebaik baik perancang. Dah semalaman tak tidur memikirkan pasal itu dan ini...aku bangun lewat untuk ke sekolah hari tu. Tapi disebabkan semangat yang meluap luap untuk berubah, aku bergegas juga bersiap dan pergi sekolah macam biasa, walaupun aku tahu dah lewat...tapi azam baru ler katakan...bangun lambat bukannya alasan untuk aku tak ke sekolah ....huarrghh......!!!!




Lebih kurang jam 8 : 15 pagi aku tiba kat bus stop depan sekolah. Dari jauh lagi memang aku dah nampak pengawas 3 orang sedang menanti ketibaan aku kat pagar tu. Aku tahu, selalunya dia orang akan tunggu di situ sampai jam 8.30 pagi. Aku boleh tunggu lagi 15 minit kat belakang bus stop ni sampai mereka beredar. Tapi itu aku yang dulu....bukannya aku hari ni.




So, dengan muka yang ceria, langkah yang penuh bersemangat, aku menuju ke pintu pagar sekolah aku dengan senyuman yang paling manis. Ingin saja aku nak khabarkan pada semua orang atas dunia waktu itu...aku dah jadi budak baik mulai hari ini. Aku tak kisah siapa yang nak tahan aku, janji....aku nak ke sekolah hari ni...




Berikut adalah dialog aku bersama mereka pada pagi itu...tak boleh lupa sampai bila bila


" Nama ? "
"Rojulaini Ahmad, ting 4 A " sambil tersenyum..
" Sebab apa lambat ? "
"Bangun lewat, tak sengaja " jawapan jujur
" Ok, tunggu kat sini kejap, "
" Sebab apa plak "
" Tunggu jer la...ustaz nak jumpa pelajar yang datang lewat "
" Aik....sebelum ni tak pernah jumpa pun "
" Yer la...sebelum ni memang tak pernah jumpa , tapi hari ni nak jumpa "
" Aku ni baru first time lewat taun ni.., kasi chance la..."
" Sorry la , apa apa nak cakap, bagitau jer kat ustaz "




HILANG terus semangat aku hari tu. Bebal, marah, merajuk, sakit hati...semua ada. baru nak jadi baik ada saja dugaan yang nak menguji. Pukul 8. 45 pagi, aku pergi jumpa ustaz di biliknya. Sebelum pergi tu sempat juga aku melihat nama pengawas perempuan yang tahan aku tu...


" Ummi Salamah ? Hmmm...."

Flashback Tamat...

" Abang....!!! Tolong bancuh susu "...kedengaran suara orang meminta tolong dari jauh..so penyelamat kena pergi cepat. Bila suara tu mula memanggil..memang hilang semangat aku nak buat semua perkara....sama seperti hilangnya semangat aku pada pagi itu......

bersambung.............
































































Monday, February 28, 2011

The Remy's Story ( First Episode : Perdana Menteri Malaysia )

Apa yang paling aku ingat ..ialah aku dikelilingi oleh insan insan yang bekerja sebagai cikgu...Ayahku cikgu....ibuku cikgu...abangku juga asalnya cikgu(sekarang tidak ler )....dan dua orang kakakku juga cikgu...hmm.....



Mak aku cikgu kampung jer. Ajar mengaji Al Quran. Sewaktu kecil selalu tolong mak ajar budak mengaji Al quran....mak kata aku cerdik..walau baru darjah 1, tp ajar al Quran budak form 5 ...seronok la time tu...apabila mula wujud kelas KAFA awal 90 an...dah makin kurang bebudak mengaji kat mak lepas tu



Tapi waktu tu memang best...kalau mak masak....mak masak banyak....nanti ada bebudak yang tak tahan lapar makan sekali ....semua yang datang mengaji tu jugak anak anak mak...apa yang aku makan...itu jugalah yg dia orang makan...



Kekadang tu, ada hari yang mak tak masak. Ada budak yang jumpa ngan mak aku dan cakap
" Esok Cik Mah tak yah masak yer, mak saya nak buat kenduri..nanti dia hantar lauk dgn nasi...mak nak buat kenduri sebab saya dah habis juzuk 1 " Seronoknya time tu..aku ngan bebudak ngaji Quran semua...akan makan lauk sedap hari tu....namun yang paling favourite 'pulut kuning dengan gulai telor "...Slurrrppp.......



Rumah aku sentiasa dihiasi dengan suara bebudak mengaji Al Quran..sampai pukul 5 baru la dia orang balik.



Bila malam , teman ayah periksa kertas budak...Ayah memang cikgu betul. Cikgu di rumah dan di sekolah. Ayah ajar Sejarah ngan Geografi....ayah memang seorang cikgu berdedikasi...memang cemerlang segala kerja buat dia...mungkin dulu aku tak tahu dan tak pandai menilai..tapi sekarang baru aku tahu...beza aku dengan ayah dalam dunia pendidikan ni....amat jauh sekali



Waktu hari pertama aku daftar sekolah rendah , masih ingat lagi pesanan mak pada aku." Belajar elok2..kalau cikgu tanya apa..habarq kuat kuat...jangan mandom...kalau cikgu minta duit habarq kat mak....dan kalau cikgu tanya..bila besarq nak jadi apa..cakap....Saya nak jadi PERDANA MENTERI MALAYSIA "



Besarnya cita cita mak....besarnya harapan mak...walaupun pada waktu itu aku tak tahu mengapa mak cakap sebegitu kat aku...dalam fikiran aku..PM orang yang paling senang, paling berkuasa, dan paling dihormati. Apa yang PM nak semua dapat. so......aku tak kisah kalau jadi PM....hehehe( pd waktu tu la...)



Suatu hari tu, ayah bawak mak ngan aku jalan jalan di Pekan Rabu, Alor Star. kami pergi beli baju, makan beehun sup, ais kacang... dan macam macam lagi ..aku tahu hari tu mesti special..rupanya ayah dah jadi PK kat SMK Bukit Jenun..( sekarang Model Khas ). kiranya hari tu hari celebrate laaa....


Balik hari tu...aku cakap kat ayah " Adik pun nak jadi cikgu " Ayah pandang pelik semacam jer..."Kata nak jadi PM ? " Aku menggeleng gelengkan kepala.." Tu mak yang suruh...tapi adik nak jadi cikgu " Ayah tersenyum....



Itulah ayah...kalau dia senyum tu..kira dahsyatlah bagi aku..dia membiarkan aku dengan harapan aku itu....nak sokong pun tidak ..marah pun tidak..."Macam tak suka jer aku jadi cikgu " hati aku berbisik...perghhh...



Aku simpan cita cita aku sampai tamat sekolah rendah. Walaupun dapat elok dalam UPSR, dan dapat tawaran sambung belajar ke Maktab Mahmud Alor Star, tapi ayah menggunakan kuasa vetonya tak membenarkan aku belajar kat sana. Alasannya senang saja "Tadak duit, ingat nak belajar kat sana free ka !!! " Aku pun tak tahu itu satu soalan ke atau jawapan. Sebab tu aku letak tanda seruan tiga kali kat situ.Ishh....dahsyat betul ler ayah aku ni...



Mak pula bagi alasan yang lebih rasional. Katanya dengan nada lembut dan memujuk " Adik anak emak yang paling kecik....paling mak sayang..duduklah dgn mak....tak yahlah ngaji jauh jauh ( jauh ke Alor Star ? ), sekolah kat mana pun tak pa...janji belajar rajin rajin...dengaq cakap cikgu...Insya Allah..pasti adik akan jadi Perdana Menteri lepas ni..."



Alahai mak aku sayang.....PM lagi.....



So...dengan berbekalkan hati yang retak...aku melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Sungai Petani (ataupun lebih dikenali dengan nama Sekolah Agama Bedong ). Baju dan seluar putih,songkok besar yang menutup mata, kasut hitam, beg galas yang besar di belakang, dan bekal nasi goreng dalam beg palstik, memang sebijik macam tok mudim dah aku ni...dan setiap hari jam 6.30 pagi, aku keluar bersama ayah menunggu bas MARA di hadapan rumah.



Aku nak pendekkan cerita ini..kerana dari form 1 hingga form 3 adalah zaman remaja aku yang penuh kejahilan dan juga lagha. Banyak yang berlaku sepanjang 3 tahun itu, banyak hati yang telah terluka disebabkan perbuatan aku..



Namun hidayah Allah akhirnya mengetuk jua pintu hatiku ini.. Suatu hari, ketika aku berumur 16 tahun ( form 4 ), dan pada waktu itu cuti sekolah. Mak menyuruh aku ke kedai membeli kicap. Aku sebagai anak soleh , taat pada permintaan mak walaupun sebenarnya aku sorang jer yang dok perabih kicap dalam rumah. Sewaktu perjalanan pulang, aku berjumpa dengan seorang lelaki tua yang dari jauh lagi tersenyum padaku. apabila aku mula menghampirinya, dia cuba menahan aku dengan menghulurkan tanganya hingga basikal yang aku naiki pun terhenti...


" Adik...Pakcik nak tanya sikit ? " Aku bertambah kehairanan.
" Boleh Pakcik...apa ? "
" Adik kan budak yang pernah cakap nak jadi Perdana Menteri Malaysia "



........dan selepas peristiwa itu....hari hari yang berlalu tidak sama lagi bagiku..... ( bersambung )


P/s : Dalam episod 2 : Siapa Pakcik tu sebenarnya ? Aku masuk pertandingan puisi kali pertama dan misteri budak perempuan kelas sebelah yang bernama Ummi Salamah.......

PEJAMKAN MATAMU ITU..DAN LIHATLAH SEGALANYA

KENAPA KITA PERLU PEJAM MATA KETIKA TIDUR..PEJAM MATA KETIKA MENANGIS...KETIKA MENCIUM SESUATU ATAU SESEORANG YANG KITA SAYANG, KETIKA NAK MEMBAYANGKAN SESUATU, DAN ADAKALANYA KETIKA MENZAHIRKAN PERASAAN YANG SERONOK..
KERANA PERKARA PERKARA TERINDAH ITU SEBENARNYA DAPAT DIGAPAI. DIRASAI DAN DIALAMI OLEH KITA HANYA DENGAN MENUTUP MATA. JANGAN TERTIPU DENGAN MATA YANG MELIHAT, SEBALIKNYA LIHATLAH DENGAN MATA HATI.

Cari Kat Sini

About Me

My photo
Bertaubat lah berkali kali wahai pendosa..bertaubatlah berkali kali, sehingga taubat kamu diterima

Followers