Wednesday, December 5, 2012


The Remy's Story ( Episode 4 ) : Rahsia di Sebalik Nama


Baru baru ini, di sekolah.. ada orang panggil aku Rosjulaini....ishk...tak yah lah aku nyatakan siapa orang tu..hmmm.

Tapi paling aku tak lupa dalam 6 atau 7 tahun lepas, aku bertugas sebagai AJK Jamuan utk satu majlis  peringkat daerah di SMK Ibrahim...tercatat nama aku di 'brochure' tu  " Puan Rojuliani bt Ahmad. ..Warrghhhh.......!!! Tension!!!

Tu tak cerita lagi kisah pengajian aku semasa di sekolah mahupun IPT dulu..Malah semasa aku di bumi Mesir satu tika dulu...aku lebih suka memperkenalkan diriku sebagai ' Muhammad ' dari nama aku yang sebenar...( malas nak bertengkar dengan Arab )

Tapi aku bersyukur sangat..ALHAMDULILLAH..terima kasih mak..terima kasih ayah...atas sebuah nama yang sangat INDAH....:)

Flashback

Ayah aku ini memang teliti orangnya. Sangat sangat  teliti. Seronok pula baca satu satu kisah hidupnya dalam ' Diari'nya itu. Ada yang di tulis begini :


Sabtu 21 / Mac

Pagi ini pergi mengaji kitab di Merbok, Kami sampai lambat. Terpaksa duduk di bahagian belakang, Sebelah kiri saya Cikgu Ramli, dia pakai baju melayu putih dengan kain pelikat warna hijau. Kain pelikat tu dibeli di Alor Star bersama isterinya. Sebelah kanan saya pula Cikgu Saad. 
Kami balik pukul 11.00 pagi. Sebelum tu, singgah kat kedai runcit beli santan, sebab Mah ( mak aku ler ni ) nak buat gulai.

Tersenyum pun ada, terharu pun ada...aku gelengkan kepala melihat satu persatu kisah yang tercatat ini. Memang mahal segala memori yang di tulis..biarpun ia hanya cerita tentang warna kain pelikat, dan barang yang di beli di kedai...Untuk Ayahandaku Encik Ahmad b Abd Raoff....respect!!!!!

Berdebar juga hati aku ni ketika membacanya, tak sanggup nak tunggu lebih lama untuk tahu rahsia itu. Aku tinggalkan mukasurat berikutnya selepas itu . Matlamat aku cuma satu. Apa yang berlaku pada 27 Ogos 1978 dari kacamata lelaki tuan punya diari ini.

Dan ianya tertulis begini......

Isnin 27 / Ogos

Hari ini 17 Ramadhan...Alhamdulillah, isteriku selamat melahirkan anak keempat kami. Lelaki. Lahir pada jam 1.00 tengah hari ,di bilik belakang yang baru siap. Salmi dan Salina , sangat gembira. Mereka mendukung adik mereka bila balik dari sekolah. 

Selasa 28 / Ogos 

Aku namakan anak lelaki aku ini Rojulaini. Perkataan Arab yang bermaksud ' Dua Orang Lelaki ' . Lagipun, dia anak lelaki kedua aku selepas Rohaizat.

Aik....takkan yang tu jer...macam tak best pun..takkanlah sebab anak lelaki kedua, terus jadi Dua orang lelaki....ishk.....lagi tension aku nih...

Nama Rojulaini ini, memang sudah lama aku cadangkan. Alhamdulillah . Allah makbulkan doaku dengan kelahiran anak ini. Rojulaini...Dua orang lelaki...biarpun seorang..tapi sebenarnya dua. Lelaki yang mempunyai " DUA HATI "

Menitik peluh aku membacanya...Lelaki yang mempunyai 2 hati..??...Hmm....

Aku redha aje lah dengan nama aku ini....tak sanggup pula aku nak cari misteri perkataan di sebalik 2 hati tu......:(
 





PEJAMKAN MATAMU ITU..DAN LIHATLAH SEGALANYA

KENAPA KITA PERLU PEJAM MATA KETIKA TIDUR..PEJAM MATA KETIKA MENANGIS...KETIKA MENCIUM SESUATU ATAU SESEORANG YANG KITA SAYANG, KETIKA NAK MEMBAYANGKAN SESUATU, DAN ADAKALANYA KETIKA MENZAHIRKAN PERASAAN YANG SERONOK..
KERANA PERKARA PERKARA TERINDAH ITU SEBENARNYA DAPAT DIGAPAI. DIRASAI DAN DIALAMI OLEH KITA HANYA DENGAN MENUTUP MATA. JANGAN TERTIPU DENGAN MATA YANG MELIHAT, SEBALIKNYA LIHATLAH DENGAN MATA HATI.

Cari Kat Sini

About Me

My photo
Bertaubat lah berkali kali wahai pendosa..bertaubatlah berkali kali, sehingga taubat kamu diterima

Followers