Tuesday, December 25, 2012

Surat Suami Untuk Ummi





Salam Ummi, moga dirahmati Allah selalu.

Maaf sebab lama tak bertanya khabar ? Biarpun Ummi sentiasa ada di sebelah, tinggal pun serumah, entah kenapa tak terfikir pun nak tanya khabar Ummi. Mungkin dengan melihat senyuman Ummi setiap hari, membuat abang lupa keresahan dan sakit demam Ummi. Ummi sihat kan Ummi ? Kalau demam, sakit sakit dan lenguh lenguh di badan, anggap itulah kasih sayang dr Ar Rahman. Mudah mudahan gugur jua segola dosa, dan dipermudahkan urusan terakhir Ummi...di Mahsyar nanti.

Kenapa hantar surat ?

Tak tahulah Ummi....Tapi itu yang tergerak di hati buat masa ini..Bukankah ada banyak surat di sebalik cerita The Remy's Story..:) , Tapi kali ini berbeza Ummi...surat pertama abang setelah bertahun menjadi suami, 
Kerna memang ada benda yang abang belum sampaikan sehingga kini. Insya Allah mohon kekuatan agar dapat dicoretkan di sini. Ummi kena faham tanggungjawab sebagai suami bukanya mudah. Ummi dan anak anak adalah amanah Allah untuk abang. Jadi selagi ada masa untuk kita bersama, selagi itulah abang tidak boleh berlepas tangan di atas amanah ini. Doakanlah abang Ummi.., doakanlah agar abang sentiasa diberi kekuatan untuk menunaikan amanah Allah ini.

Syukurlah Ummi..

kerna Ummi dijadikan seorang perempuan, kerna perempuan itu BEKERJA untuk Allah. Melahirkan manusia di atas muka bumi ini.
Tiap-tiap bulan Ummi  diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan Ummi tak wajib menunaikan solat tetapi Allah anggap diwaktu itu merupakan SOLAT terbaik dari Ummi. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab Ummi  bekerja dengan Allah. Abang tak dapat semua keistimewaan ini...solat wajib bagi abang dan untuk semua lelaki baligh atas muka bumi, sehingga habis nyawa kami....

Jealouslah Ummi..:[

Sebab Seluruh kebaikan abang ( sekiranya ada la... ) semuanya Ummi dapat pahala tetapi dosa- dosa abang ,abang sorang jer yang tanggung...ishk....takut la abang...dan semua dosa Ummi....sekiranya abang tahu, dan abang tak menegurnya....maka abang dikira dayus dan berdosa serta gagal dalam menjalankan tugas sebagai suami.....Ya Allah.....kalau nak ikutkan...memang abang tak mampu Ummi...kekadang rasa gagal dalam memimpin diri sendiri...mendidik hawa nafsu sendiri.....macam mana pula nak didik dan beri contoh pada Ummi dan anak anak nanti...Ummi bantulah abang..., kerna abang memang memerlukan bantuan itu....doakan agar abang sentiasa menjadi yang TERBAIK untuk kalian sekeluarga.

Ingat lagi tak Ummi...


Kisah Aisyah Ummul Mukminin yang pernah abang bacakan untuk Ummi dulu. Kata Aisyah...PEREMPUAN SOLEHAH di atas dunia LEBIH HEBAT dan LEBIH JELITA berbanding BIDADARI SYURGA kelak. ..sebab bidadari syurga tidak pernah menunaikan solat, berpuasa fardhu mahupun sunat, dan abang juga tak pernah lupakan ..hadis yang sama sama kita pelajari satu tika dahulu : “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Sedarlah Ummi...

Betapa mulianya Ummi dan mereka yang bernama wanita di sisi Allah dan betapa besarnya nikmat serta ganjaran yang mereka akan dapat di dunia dan di akhirat, Allah ciptakan wanita berbeza dari lelaki. Dari segi fizikal dan fitrah yang Allah jadikan berbeza antara lelaki dan perempuan itu ada tujuan dan maksudnya.
Wanita Allah anugerahkan dengan sifat-sifat tertentu seperti pemalu, lemah-lembut, penyabar, halus, kuat perasaan, mempunyai fizikal yang lemah, pendek akalnya dan sebagainya. Semuanya itu mempunyai maksud, iaitu untuk menyeimbangi lelaki yang Allah jadikan kuat fizikalnya, panjang akalnya, kasar dan tegas tingkah lakunya dan sebagainya.

Dengan sifat lemah lembut dan sabar yang dimiliki oleh seorang wanita menyebabkan ia mampu melayan ragam anak-anak; mampu berdepan dengan suaminya dengan baik.
Halus perasaan membolehkan dia cepat memahami hasrat dan masalah yang dialami oleh suaminya. Sifat halus menyebabkan wanita mampu melakukan kerja-kerja remeh seperti menjahit, menyulam, memasak dan menghias rumahtangga.
Sifat sabar membolehkan wanita melakukan kerja-kerja yang berulang-ulang atau yang sama setiap hari seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya tanpa jemu-jemu. Hebat kan Ummi...:)

Last sekali Ummi..

Terima kasih atas sokongan yang Ummi berikan selama ini. Syukurilah atas nikmat yang Allah limpahkan pada keluarga kita ini. Moga Ummi akan terus mendoakan abang, menjadi yang terbaik untuk Ummi.

Dari : Suami Ummi

Tuesday, December 11, 2012

Doa Anak-Anak Gaza




Ya Allah
Pagi ini kami ingin ke sekolah
Kami rindu pada madrasah kami yang indah
Kami rindu pada cerita Lubna dan Antarah
Tentu juga kami rindu pada Sirah Rasulillah

Pagi ini kami ingin sekeping roti
Kami ingin sepotong keju
Segelas susu cuma
Dan mungkin juga, sebutir Tin dan Zaitun jua

Pagi ini kami ingin belaian cinta
Ayah kami tercinta
Ibu kami tersayang
Dan Adik beradik kami sekeluarga

Pagi ini kami ingin matahari yang KAU kurniakan
Terus cerah menyinari gaza
Menghilangkan debu dan kabus dari bom semalam
Dan mengusir segala kecemasan jiwa

 
Ya Rahman,
Apakah mereka akan merampas juga
Matahari kami, atau menutup Gaza
Tanpa matahari
Sehingga tak ada lagi pagi buat kami

Ya Qahhar
Biarlah mereka mengurung kami dari dunia
Asal setiap pagi
Kau masih mendengar DOA kami
Dunia tidak penting lagi bagi kami

Ya Rahim
Kami tidak pernah mengemis kemerdekaan pada siapapun
Kerana kami telah memiliki kemerdekaan itu
Setiap kali apabila kami menyebut nama-Mu
Dan setiap kali, kami rukuk dan sujud kepada-Mu

Ya Allah..Ya Rabbal Alamin
Pagi ini kami tetap tersenyum dalam doa kepada-Mu
Maka perkenankanlah...
Doa kami ini.

Wednesday, December 5, 2012


The Remy's Story ( Episode 4 ) : Rahsia di Sebalik Nama


Baru baru ini, di sekolah.. ada orang panggil aku Rosjulaini....ishk...tak yah lah aku nyatakan siapa orang tu..hmmm.

Tapi paling aku tak lupa dalam 6 atau 7 tahun lepas, aku bertugas sebagai AJK Jamuan utk satu majlis  peringkat daerah di SMK Ibrahim...tercatat nama aku di 'brochure' tu  " Puan Rojuliani bt Ahmad. ..Warrghhhh.......!!! Tension!!!

Tu tak cerita lagi kisah pengajian aku semasa di sekolah mahupun IPT dulu..Malah semasa aku di bumi Mesir satu tika dulu...aku lebih suka memperkenalkan diriku sebagai ' Muhammad ' dari nama aku yang sebenar...( malas nak bertengkar dengan Arab )

Tapi aku bersyukur sangat..ALHAMDULILLAH..terima kasih mak..terima kasih ayah...atas sebuah nama yang sangat INDAH....:)

Flashback

Ayah aku ini memang teliti orangnya. Sangat sangat  teliti. Seronok pula baca satu satu kisah hidupnya dalam ' Diari'nya itu. Ada yang di tulis begini :


Sabtu 21 / Mac

Pagi ini pergi mengaji kitab di Merbok, Kami sampai lambat. Terpaksa duduk di bahagian belakang, Sebelah kiri saya Cikgu Ramli, dia pakai baju melayu putih dengan kain pelikat warna hijau. Kain pelikat tu dibeli di Alor Star bersama isterinya. Sebelah kanan saya pula Cikgu Saad. 
Kami balik pukul 11.00 pagi. Sebelum tu, singgah kat kedai runcit beli santan, sebab Mah ( mak aku ler ni ) nak buat gulai.

Tersenyum pun ada, terharu pun ada...aku gelengkan kepala melihat satu persatu kisah yang tercatat ini. Memang mahal segala memori yang di tulis..biarpun ia hanya cerita tentang warna kain pelikat, dan barang yang di beli di kedai...Untuk Ayahandaku Encik Ahmad b Abd Raoff....respect!!!!!

Berdebar juga hati aku ni ketika membacanya, tak sanggup nak tunggu lebih lama untuk tahu rahsia itu. Aku tinggalkan mukasurat berikutnya selepas itu . Matlamat aku cuma satu. Apa yang berlaku pada 27 Ogos 1978 dari kacamata lelaki tuan punya diari ini.

Dan ianya tertulis begini......

Isnin 27 / Ogos

Hari ini 17 Ramadhan...Alhamdulillah, isteriku selamat melahirkan anak keempat kami. Lelaki. Lahir pada jam 1.00 tengah hari ,di bilik belakang yang baru siap. Salmi dan Salina , sangat gembira. Mereka mendukung adik mereka bila balik dari sekolah. 

Selasa 28 / Ogos 

Aku namakan anak lelaki aku ini Rojulaini. Perkataan Arab yang bermaksud ' Dua Orang Lelaki ' . Lagipun, dia anak lelaki kedua aku selepas Rohaizat.

Aik....takkan yang tu jer...macam tak best pun..takkanlah sebab anak lelaki kedua, terus jadi Dua orang lelaki....ishk.....lagi tension aku nih...

Nama Rojulaini ini, memang sudah lama aku cadangkan. Alhamdulillah . Allah makbulkan doaku dengan kelahiran anak ini. Rojulaini...Dua orang lelaki...biarpun seorang..tapi sebenarnya dua. Lelaki yang mempunyai " DUA HATI "

Menitik peluh aku membacanya...Lelaki yang mempunyai 2 hati..??...Hmm....

Aku redha aje lah dengan nama aku ini....tak sanggup pula aku nak cari misteri perkataan di sebalik 2 hati tu......:(
 





Monday, October 8, 2012

The Remy's Story ( Episode 3 ) : Rahsia di Sebalik Nama


Waktu REMAJA memang indah pada sesiapa pun...banyak yang berlaku pada waktu itu..setiap insan dalam kehidupan ini, pasti ada Filem tentang kisah kehidupannya masing masing di waktu remaja. Kisah tentang cinta....persahabatan....kekeluargaan....dendam....khianat.....kenangan pahit mahupun manis...kisah kisah di sekolah ,semua itu adalah sebenarnya satu anugerah dan juga tarbiah yang mendidik kita...dan yang lebih penting....menjadikan kita siapa pada hari ini.


Dari zaman sekolah lagi aku asyik tertanya tanya....kenapa nama aku agak berbeza dengan orang lain..kenapa macam bunyi Arab jer....anak orang  Arab kah aku sebenarnya ? Mungkin mak dan ayah ambil aku bela dari kecil lagi....hmm......kenapalah  nama aku tak sama dengan kebanyakan rakan lain...aku memang mahukan jawapan itu...sebab ramai sangat yang dah bertanyakan maksud nama aku itu...


Bukan mereka dan bukannya SALAH mereka jua...kerna aku juga ingin tahu maksud nama aku itu...waktu kecil ( sekolah rendah ) ada pernah aku tanyakan mak


" Apa maksud nama adik Mak..? "

" Dua orang lelaki " Jawab Mak ringkas
" Kenapa dua mak...kan adik sorang..." aku mahukan kepastian.
" Itu....kena tanya ayah kamu..."

Senyuman mak itu lah yang membisukan aku...bukanya jawapan dari mak. Kekadang tu ada juga mak memanggil aku di waktu malam dan membacakan aku petikan dari Surah al Baqarah dan Surah al Kahfi....yang kedua duanya terpahat perkataan Rojulaini.....


" Tu nampak tak tu....nama adik ada dalam Al Quran....nama anak mak sorang ja macam ni...tu tanda anak mak ni baik....anak mak ni anak soleh.....anak mak ni Allah sayang ..."


Bertahun tahun aku tersenyum mendengar jawapan mak tu....jawapan dari seorang ibu....jawapan yang sentiasa memberi inspirasi...memberi harapan......walaupun bila dewasa baru aku mendapat tahu....nama Abu Lahab pun ada dalam Quran....malah nama syaitan sekalipun...tapi aku tak pernah marah kat mak....dari situlah aku lebih nampak kasih sayang darinya...baru aku lihat keindahan jawapan yang pernah dilafazkan olehnya itu......



Pencarian dan penantian aku terus berterusan...aku masih lagi memburu sebuah jawapan dari seorang lelaki ini...Ayah aku...pernah pada suatu malam...kami bermuzakarah berdua...waktu itu aku masih di sekolah menengah...dan aku tahu maksud nama aku itu...tetapi yang aku persoalkan kenapa...? Kenapa dua orang lelaki.....? Kenapa tak tiga...?


Tapi ayah selalu mengubah topik bila dia sedar aku mengajak dirinya berbincang akan hal itu..pernah juga suatu hari tu direct jer aku tanya..." Ayah....tolonglah yah...sebab apa Rojulaini...mesti ada sebab ni....dahlah maksud dia macam tak sedap jer..."


Ayah terus jer dengan sikap serius dan machonya itu. Guru Sejarah lah katakan...Tiba - tiba ayah berpaling dan memberi ucapan KERAMATNYA yang masih lagi segar sehingga ke hari ini..


" Kalau nak tahu atau nak cari sesuatu benda, kenalah usaha cari...jangan harapkan ada sesiapa nak tolong beritahu...dan tolong bagi benda itu...belajarlah tinggi tinggi....nanti jumpa la.....yang penting usaha.....!!! "


Pernah juga aku membaca tafsir Al quran  untuk mengkaji lagi maksud perkataaan ini...mungkin ada clue atau bayangan perkataan yang mempunyai hubungan dengan Ayah.....tapi nyata hampa...mungkin dengan ilmu yang ada, aku mampu membaca sahaja tafsir mukjizat Allah ini...namun belum lagi mampu melihat sesuatu yang lebih jauh dengan mata hati...


Suatu hari pada waktu petang....ketika itu aku masih lagi di sekolah menengah..aku menolong ibuku menyimpan almari almari lama di stor belakang rumah...aku seperti biasa sebagai anak yang baru nak menjadi soleh dengan senang hati membantu. Apa yang aku tak nampak , hari itu adalah ketentuan ALLAH kepada sebuah jawapan dalam pencarian aku selama ini...



Memang dah suratan dari Ilahi , almari yang aku punggah dan simpan semula barang barang didalamnya itu adalah milik ayah aku. Dan pada waktu itulah aku terjumpa satu ikatan buku buku nota kecil bersaiz poket di dalamnya...


" Ni buku apa mak.., macam buku hutang jer.."

" Itulah diari ayah...semua benda dicatat dalam tu...dulu ayah rajin...selalu tulis sesuatu dalam buku tu..la ni jer dia dah malas dah....." jawab mak...

Aku memeriksa semua buku itu. Hebat lah ayah...tak sangka..dengan aku punya lah serius...rupanya dalam hati ada taman......ni mesti kisah cinta dengan mak pun ada dalam ni...hehehe


Aku asingkan satu persatu....semua buku disusun mengikut tahun..sehinggalah tangan aku terhenti di sebuah buku....mata aku tertumpu pada satu perkataan dia atas kulitnya...." Catatan Ahmad - 1978 "


Ya...itu tahun kelahiranku....aku pasti ada sesuatu di dalamnya...ada cerita yang akan membawa aku kepada sebuah jawapan yang memang sudah lama aku nantikan....


BERSAMBUNG.
Malam tadi aku merenung kembali album lama yang tersimpan di dalam almari tu...syahdu pula rasanya bila melihat kembali wajah wajah sahabat yang sudah lama tak bersua..

Nak tersenyum pun ada...ada cerita di sebalik gambar kan ?

Mereka inilah insan yang pernah singgah dalam kehidupan aku satu tika dulu..setiap detik dan waktu yg telah berlalu bersama mereka..tersimpan di kotak fikiran buat selamanya..Insya Allah.

Ada yang hinggap membawa sinar dan menceriakan diri lalu terus mewarnai denai yang kita lewati, sama- sama menyelusuri lurah kepayahan dan menitiskan air mata gembira bila sama sama mengenggam kejayaan

Namun ada juga yang hadirnya cuma seketika...dan cuma untuk memporak perandakan lagi kekosongan di jiwa. Aku percaya semua diantara kita pernah bertemu insan sebegini dalam hidup  kita semua. 

Baru aku sedar, sepatutnya kita perlu menghargai kehadiran mereka pada waktu itu, biar apapun tujuan dan watak mereka keteka itu, mereka lah yang mengajar kita erti kehidupan sehingga hari ini. Tanpa kemesraan dan keikhlasan pada masa lalu, tak mungkin ada silaturrahim sehingga ke hari ini.  Tanpa kepuraan puraan dan pengkhianatan dari selebihnya juga, tak mungkin kita lebih bijak dan matang hari ini dalam bertindak dan membuat keputusan.

Setiap insan jahat yang anda temui dan mengecewakan kita, Allah SWT akan gantikan dengan dua kali insan yang lebih baik dan akan menenangkan jiwa kita. Tak percaya ? cuba lihat siapa di sebelah anda sekarang ni....:)

Jangan bersedih  teman. Ceria dan senyumlah sentiasa :-







PEJAMKAN MATAMU ITU..DAN LIHATLAH SEGALANYA

KENAPA KITA PERLU PEJAM MATA KETIKA TIDUR..PEJAM MATA KETIKA MENANGIS...KETIKA MENCIUM SESUATU ATAU SESEORANG YANG KITA SAYANG, KETIKA NAK MEMBAYANGKAN SESUATU, DAN ADAKALANYA KETIKA MENZAHIRKAN PERASAAN YANG SERONOK..
KERANA PERKARA PERKARA TERINDAH ITU SEBENARNYA DAPAT DIGAPAI. DIRASAI DAN DIALAMI OLEH KITA HANYA DENGAN MENUTUP MATA. JANGAN TERTIPU DENGAN MATA YANG MELIHAT, SEBALIKNYA LIHATLAH DENGAN MATA HATI.

Cari Kat Sini

About Me

My photo
Bertaubat lah berkali kali wahai pendosa..bertaubatlah berkali kali, sehingga taubat kamu diterima

Followers