Salam Ummi, moga dirahmati Allah selalu.
Maaf sebab lama tak bertanya khabar ? Biarpun Ummi sentiasa
ada di sebelah, tinggal pun serumah, entah kenapa tak terfikir pun nak tanya
khabar Ummi. Mungkin dengan melihat senyuman Ummi setiap hari, membuat abang
lupa keresahan dan sakit demam Ummi. Ummi sihat kan Ummi ? Kalau demam, sakit
sakit dan lenguh lenguh di badan, anggap itulah kasih sayang dr Ar Rahman.
Mudah mudahan gugur jua segola dosa, dan dipermudahkan urusan terakhir
Ummi...di Mahsyar nanti.
Kenapa hantar surat ?
Tak tahulah Ummi....Tapi itu yang tergerak di hati buat masa
ini..Bukankah ada banyak surat di sebalik cerita The Remy's Story..:) , Tapi
kali ini berbeza Ummi...surat pertama abang setelah bertahun menjadi
suami,
Kerna memang ada benda yang abang belum sampaikan sehingga
kini. Insya Allah mohon kekuatan agar dapat dicoretkan di sini. Ummi kena faham
tanggungjawab sebagai suami bukanya mudah. Ummi dan anak anak adalah amanah
Allah untuk abang. Jadi selagi ada masa untuk kita bersama, selagi itulah abang
tidak boleh berlepas tangan di atas amanah ini. Doakanlah abang Ummi..,
doakanlah agar abang sentiasa diberi kekuatan untuk menunaikan amanah Allah
ini.
Syukurlah Ummi..
kerna Ummi dijadikan seorang perempuan, kerna perempuan itu
BEKERJA untuk Allah. Melahirkan manusia di atas muka bumi ini.
Tiap-tiap bulan Ummi diberi cuti bergaji penuh..7
sehingga 15 hari sebulan Ummi tak wajib menunaikan solat tetapi Allah anggap
diwaktu itu merupakan SOLAT terbaik
dari Ummi. Cuti bersalin juga sehingga 60
hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab Ummi
bekerja dengan Allah. Abang tak dapat semua keistimewaan ini...solat
wajib bagi abang dan untuk semua lelaki baligh atas muka bumi, sehingga habis
nyawa kami....
Jealouslah Ummi..:[
Sebab Seluruh kebaikan abang ( sekiranya ada la... )
semuanya Ummi dapat pahala tetapi dosa- dosa abang ,abang sorang jer yang
tanggung...ishk....takut la abang...dan semua dosa Ummi....sekiranya abang
tahu, dan abang tak menegurnya....maka abang dikira dayus dan berdosa serta
gagal dalam menjalankan tugas sebagai suami.....Ya Allah.....kalau nak
ikutkan...memang abang tak mampu Ummi...kekadang rasa gagal dalam memimpin diri
sendiri...mendidik hawa nafsu sendiri.....macam mana pula nak didik dan beri
contoh pada Ummi dan anak anak nanti...Ummi bantulah abang..., kerna abang
memang memerlukan bantuan itu....doakan agar abang sentiasa menjadi yang
TERBAIK untuk kalian sekeluarga.
Ingat lagi tak Ummi...
Kisah Aisyah Ummul Mukminin yang pernah abang bacakan untuk
Ummi dulu. Kata Aisyah...PEREMPUAN SOLEHAH di atas dunia LEBIH HEBAT dan LEBIH
JELITA berbanding BIDADARI SYURGA kelak. ..sebab bidadari syurga tidak pernah
menunaikan solat, berpuasa fardhu mahupun sunat, dan abang juga tak pernah
lupakan ..hadis yang sama sama kita pelajari satu tika dahulu : “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan
sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga
kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari
mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis
riwayat Anas Bin Malik)
Sedarlah Ummi...
Betapa mulianya Ummi dan mereka yang bernama wanita di sisi
Allah dan betapa besarnya nikmat serta ganjaran yang mereka akan dapat di dunia
dan di akhirat, Allah ciptakan wanita berbeza dari lelaki. Dari segi fizikal
dan fitrah yang Allah jadikan berbeza antara lelaki dan perempuan itu ada
tujuan dan maksudnya.
Wanita Allah anugerahkan dengan sifat-sifat tertentu seperti
pemalu, lemah-lembut, penyabar, halus, kuat perasaan, mempunyai fizikal yang
lemah, pendek akalnya dan sebagainya. Semuanya itu mempunyai maksud, iaitu
untuk menyeimbangi lelaki yang Allah jadikan kuat fizikalnya, panjang akalnya,
kasar dan tegas tingkah lakunya dan sebagainya.
Dengan sifat lemah lembut dan sabar yang dimiliki oleh
seorang wanita menyebabkan ia mampu melayan ragam anak-anak; mampu berdepan
dengan suaminya dengan baik.
Halus perasaan membolehkan dia cepat memahami hasrat dan
masalah yang dialami oleh suaminya. Sifat halus menyebabkan wanita mampu
melakukan kerja-kerja remeh seperti menjahit, menyulam, memasak dan menghias
rumahtangga.
Sifat sabar membolehkan wanita melakukan kerja-kerja yang
berulang-ulang atau yang sama setiap hari seperti memasak, membasuh, mengemas
rumah dan sebagainya tanpa jemu-jemu. Hebat kan Ummi...:)
Last sekali Ummi..
Terima kasih atas sokongan yang Ummi berikan selama ini.
Syukurilah atas nikmat yang Allah limpahkan pada keluarga kita ini. Moga Ummi akan terus mendoakan abang, menjadi yang terbaik untuk Ummi.
Dari : Suami Ummi